Aku tertarik dengan kenyataan terbaru pemimpin DAP,Lim Kit Siang yang mencadangkan kerajaan campuran antara pembangkang dan kerajaan kononnya demi mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang undang.
Tidak sukar untuk difahami apa yang tersirat dari kenyataan tersebut.Tujuaannya untuk menghalang perjuangan islam Pas khususnya hudud.
DAP sudah mengeluarkan sikap sebenar mereka yang sanggup
berbuat apa sahaja termasuk berbaik dengan musuh ketat mereka UMNO untuk berpakat dalam
menolak Hudud.
Kalaulah kenyataan ini keluar dari pemimpin Pas terutama Presidennya tentulah gempar seantero Malaya dan akan dihentam kiri dan kanan oleh mereka2 yang kononnya pejuang Pakatan Rakyat.Bila kenyataan ini keluar dari mulut pemimpin DAP,diam,senyap dan hilang kata2...
Sebelum ini dihentamnya Pas kononnya nak berUG dengan Umno,alih dia pulak yang nak berkerajaan campuran dengan BN.
Bukan tugas yang mudah untuk menyaksikan islam tertegak di bumi Malaysia ini.Benarlah dalam politik kawan boleh jadi musuh,musuh boleh jadi kawan ~ Tinta Hijau DKB
Berikut kenyataan Kit Siang seperti dilaporkan Malaysia DISINI :
Susulan keadaan tidak menentu politik Malaysia,
pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengusulkan pembentukan sebuah
kerajaan persekutuan campuran untuk “Selamatkan Malaysia”.
Kerajaan baru ini patut melibatkan anggota Parlimen kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang yang mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Kerajaan baru ini patut melibatkan anggota Parlimen kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang yang mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Menegaskan perkara itu pandangan peribadinya, Lim berkata perdana menteri patut datang daripada kedua-dua belah pihak.
'Tiba-tiba, politik Malaysia di kedua-dua belah kelihatan berada dalam
keadaan terumbang ambing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Veteran DAP itu berkata kerajaan BN kekal seperti tidak terkawal bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam masa yang sama, katanya, blok pembangkang pula kini berdepan krisis terbesarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan