Selasa, 22 April 2014

Hudud : Antara Dr Mahathir Dan Karpal Singh [ Video Inside ]


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya oleh sesetengah pemimpin Islam tidak pernah menghina hukum hudud seperti dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam.

“Saya hairan mengapa orang Islam bersikap begitu sedangkan ada orang Islam sendiri hina hudud seperti bekas perdana menteri yang mengatakan kalau laksana hudud di Kelantan, ramai orang Islam hilang tangan,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Islam akan hilang tangan apabila hudud dilaksanakan merupakan satu penghinaan kepada hudud. Karpal tidak pernah menghina. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Mohamad dan Karpal bersama-sama meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada 1987.

Mat Sabu berkata, beliau pelik melihat pemimpin Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak mengatakan apa-apa apabila Dr Mahathir menghina hukum Islam itu.

“Mengapa apabila orang Islam seperti ini menghina hudud, saya tidak dengar pun pemimpin Umno memberikan komen tajam, termasuk mufti.

Presiden PKR : DS Anwar Tarik Diri,W.Azizah Menang Tanpa Bertanding


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi menarik diri dari bertanding merebut kerusi Presiden PKR pada pemilihan PKR 2014.Penarikan diri Anwar itu sekaligus memberikan laluan menang tanpa bertanding kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan yang telah disandangnya itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini, yang merujuk kepada satu surat yang dihantar oleh Ketua Umum PKR itu minggu lalu.

"Saya menerima surat ini pada 19 April yang menyatakan beliau secara rasmi menarik diri bertanding jawqtan Presiden PKR dalam pemilihan 2014," kata Johari yang turut membaca surat satu perenggan Anwar itu.

Dalam surat tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab kenapa tindakan itu diambil oleh beliau.

"Dengan keadaan kematian Karpal (peguam Anwar dalam kes Liwat ll), juga kes mahkamah yang beliau sedang lalui dan nasihat dari beberapa kumpulan perundangan agar beliau fokus kes beliau dan tak mahu ROS ambil kesempatan atas kes ini," kata Johari.

Menurut Johari lagi, walaupun Anwar telah menarik diri, namun nama dan gambar beliau tetap akan dicetak pada kertas pemilihan.Bagaimanapun katanya yuran atau deposit pencalonan tidak akan dikembalikan.

Terbaik !!! Foto Tok Guru Nik Aziz Ditahun 70an


Aku jumpa foto ni kat FB rasmi Tok Guru.Menarikkan,foto ni dirakam ketika  mesyuarat AJK Pas Pusat pada tahun 1977.

Kenal tak korang siapa yang bersama Tok Guru ? Dari kiri Ustaz Hassan Syukri,Tok Guru,Mustafa Ali,Dr Sanusi dan Dato' Asri ~ Tinta Hijau DKB