PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi menarik diri dari bertanding merebut kerusi Presiden PKR pada pemilihan PKR 2014.Penarikan diri Anwar itu sekaligus memberikan laluan menang tanpa
bertanding kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan
jawatan yang telah disandangnya itu.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Datuk
Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini, yang
merujuk kepada satu surat yang dihantar oleh Ketua Umum PKR itu minggu
lalu.
"Saya menerima surat ini pada 19 April yang menyatakan beliau secara rasmi menarik diri bertanding jawqtan Presiden PKR dalam pemilihan 2014," kata Johari yang turut membaca surat satu perenggan Anwar itu.
Dalam surat tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab kenapa tindakan itu diambil oleh beliau.
"Dengan keadaan kematian Karpal (peguam Anwar dalam kes Liwat ll), juga kes mahkamah yang beliau sedang lalui dan nasihat dari beberapa kumpulan perundangan agar beliau fokus kes beliau dan tak mahu ROS ambil kesempatan atas kes ini," kata Johari.
Menurut Johari lagi, walaupun Anwar telah menarik diri, namun nama dan gambar beliau tetap akan dicetak pada kertas pemilihan.Bagaimanapun katanya yuran atau deposit pencalonan tidak akan dikembalikan.

Pemilihan PKR 2014 akan bermula 25 April sehingga 11 Mei ini menyaksikan 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli PKR layak mengundi.Pemilihan
bermula 25 April di Lawas Sarawak, diikuti kawasan-kawasan lain di
Sarawak, Kelantan Terengganu dan Pahang pada 26 April.
Seterusnya
akan diadakan di Johor dan Melaka pada 27 April; Kedah, Perlis dan
Sabah pada 3 Mei; Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada 4 Mei; Negeri
Sembilan dan Wilayah Persekutuan pada 10 Mei dan Selangor pada 11 Mei.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan