Rabu, 26 Mac 2014

Bagaimana Para Jurutera Membuat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi

Ibu Pejabat Inmarsat di London
 
LONDON: Para jurutera syarikat satelit United Kingdom, Inmarsat Plc bertungkus lumus selama beberapa hari dalam satu pencarian maraton untuk mengenalpasti titik terakhir laluan sebenar pesawat Penerbangan Malaysia MH370 menerusi data yang mereka perolehi hasil 'komunikasi' di antara pesawat malang itu dengan satelit Inmarsat selepas ia disahkan hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing 8 Mac lalu.

MH370 sepatutnya mendarat di ibu negara Republik Rakyat China itu pada awal pagi Sabtu tetapi ia tidak kunjung tiba manakala radar terputus hubungan dengan pesawat itu lebih kurang dua jam selepas ia berlepas dari KLIA.

Dua hari kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan yang MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal sebagai hilang dan gerakan mencarinya sedang diperluaskan ke kawasan yang disyaki sebagai berpotensi untuk mendarat.

Dan dua minggu kemudian, Najib mengumumkan yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - penemuan konklusi yang beliau rujuk kepada hasil analisis data yang diperolehi daripada satelit Inmarsat dan siasatan yang disahkan sebagai kukuh oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Namun begitu laporan awal yang diterima daripada salah sebuah satelit Inmarsat pada 11 Mac lalu iaitu tiga hari selepas pesawat berkenaan hilang adalah permulaan kepada konklusi ini dan membantu para jurutera dan pasukan siasatan antarabangsa untuk mengecilkan pusat pencarian kepada koridor utara dan selatan bermula dari tempat terakhir ia dikesan oleh radar tentera Malaysia di Butterworth.

Pada hari-hari berikutnya selepas data itu diperolehi, para jurutera telah menggunakan satu kaedah yang dianggap sebagai kiraan matematik yang tradisional tetapi ternyata berkesan berjaya menjuruskan carian ke selatan Lautan Hindi.

Duta mesir Tolak Kunjungan Ahli Parlimen Pas


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pihak Kedutaan Mesir sebagai angkuh apabila enggan menerima kunjungan secara baik beberapa ahli parlimen mereka ke bangunan kedutaan itu hari ini.

Kunjungan jam 11.30 pagi tadi itu disertai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus), Nasrudin Hassan (Temerloh) dan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas).

Ianya bagi menyatakan rasa kecewa PAS terhadap keputusan mahkamah Minya yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Amnya Dr Mohamad Badie.

Kedatangan mereka bagaimanapun tidak dilayan malah pihak kedutaan hanya menghantar pengawal keselamatan untuk menerima memorandum yang diserah di pagar.

"Apa yang berlaku hari ini menunjukkan bentuk sikap regim di Mesir."Ini indikator yang kita dapat lihat," kata Idris pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas hukuman mati yang disifatkan bermotif politik itu, beliau berkata, perkara itu seharusnya tidak berlaku di zaman moden ini lebih-lebih lagi dengan jumlah besar sedemikian.

Sementara itu, Nasrudin pula menjelaskan, hukuman yang dikenakan kepada pepimpin dan penyokong Ikhwan Muslimin tersebut sebagai episod malang dalam sejarah Mesir.

"Ini lebih kejam dari regim Hosni Mubarak."Kalau kita bersedih dengan MH370 melibatkan 239 hilang, (529) ini jumlah yang lebih besar."Ini perlu dilihat isu bersama, isu kemanusiaan dan keadilan," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat prihatin untuk menyertai himpunan aman di hadapan Kedutaan Mesir, Jumaat ini.

Gambar : Pelakon Terkenal Asal Kelantan Kunjungi Tok Guru Nik Aziz

Mustapha Kamal bergambar bersama Kakitangan Institut Pemikiran Tok Guru

 Jejak Kasih, YB Tuan Guru semasa menerima kunjungan Mustafa Kamal

YB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menerima kunjungan daripada pelakon terkenal berasal dari Kelantan Mustapha Kamal Mohd Daud.

 Kunjungan dibuat di pejabat Tok Guru hari ini,di Institut Pemikiran Tok Guru.Mustapha Kamal difahamkan mempunyai pertalian saudara dengan YB Tok Guru ~ Sumber

Kakitangan PKNS Ditamatkan Kontrak Kerana Pertindihan Tugas


SHAH ALAM: Keputusan menamatkan kontrak 20 kakitangan PKNS Holdings dibuat Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Alfiah selepas kajian yang mengambil kira pandangan kakitangan tetap serta bertujuan menjaga kepentingan PKNS khususnya dalam penjimatan kos operasi, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).

Beliau memberi  keterangan sebagai saksi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan,  Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang mengadakan sesi pendengaran awam berhubung Strategi Pemulihan Pengurusan PKNS-Integrity Pact.

Abdul Khalid menjelaskan, pengambilan kakitangan kontrak itu dibuat oleh PKNS Holdings dan Pengurus Besar mempunyai kuasa penuh dengan tidak perlu mendapat kebenaran beliau selaku Pengerusi PKNS.

“Bagaimanapun laporan audit dalaman menunjukkan kos operasi terlalu tinggi bagi kakitangan kontrak ini dan saya telah meminta Pemangku Pengurus Besar melihat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” tegas beliau.

Abdul Khalid juga mengakui telah mengarahkan PKNS bertindak segera apabila terdapat teguran  daripada wakil rakyat BN pada 2011 yang mendakwa  PKNS berbelanja berlebihan dengan melantik pegurus media, penulis teks ucapan dan pengarah pemasaran sedangkan sudah mempunyai kakitangan tetap yang berupaya melaksanakan tugas-tugas itu.

‘Saya telah mengarahkan Pengurus Besar supaya bertindak dan beliau berjanji akan memperbetulkan perkara tersebut.  Kelewatan mengambil tindakan kerana kita perlukan siasatan untuk memberi keadilan kepada semua.

Foto Penumpang Termuda Pesawat MH370 Tersebar...


Difahamkan ini adalah merupakan foto penumpang termuda penerbangan MH370, seorang kanak-kanak perempuan, Wang Mohen yang berusia dua tahun.

Tiada siapa menduga percutiannya bersama kedua ibu bapa ke Malaysia berakhir dengan tragedi apabila MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi, semalam.

Wang Mohen dan bapa, Wang Rui dan ibunya, Jiao Weiwei menaiki pesawat tersebut untuk kembali ke Beijing selepas menghabiskan percutian di Malaysia.

Menurut seorang rakan rapat keluarga itu, Xie Yongzhen berkata kepada New York Times, Wang Rui sekeluarga bercuti ke Malaysia untuk ‘melarikan diri’ seketika daripada kualiti udara tidak sihat yang melanda Beijing, baru-baru ini ~ Sumber

MH370 : Islam Beri Tempoh Hingga 4 Tahun Sabit Kematian

 Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.

"Tetapi itu terpulang pada kerajaanlah untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac. - Bernama