Sabtu, 1 Februari 2014

Pemimpin PKR Berbalas Kecaman Di Twitter


SHAH ALAM - Perang Twitter antara ahli dan pemimpin PKR terus hangat di laman sosial itu, hari ini.Terbaharu Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Nik Nazmi melalui Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik."Anda perlu tahu masa anda sudah tamat," tulisnya.

Semalam, media melaporkan, Faekah yang juga penyokong Abdul Khalid mula membela majikannya itu dengan membuat serangan balas dan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan bernafsu besar.

Faekah juga turut menasihatkan supaya ahli politik belajar mengenai undang-undang sebelum malakukan apa-apa tindakan."Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?"

"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya.

Susulan itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah membidas kembali kenyataan Faekah."Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meracau di rumah."Atau sudah tak relevan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Sinar Harian Online cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia itu berhubung kenyataannya di laman mikro itu."Saya tidak mahu komen lagi."Kalau sudah tahu itu, cukuplah," ujarnya ringkas.SH

Noh Omar Gagal Hadir Program Bersama Ketua Pemuda Pas Di RTM1

 Noh Omar diganti dengan bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno Armand Azha

Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.

Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang.

Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ.

Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti.TMI