Noh Omar diganti dengan bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno Armand
Azha
Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad
dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum
dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.
Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya
disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand
Azha.
Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan
dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk
Armand.
Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah
Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah
kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.
Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan
sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang.
Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ.
Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti.TMI
Aku kesal Suhaizan merendahkan Khalid Ibrahim dan membiarkan ahli panel menghina datuk anwar.
BalasPadamAku lg kesal noh omar lari terkencing
BalasPadam