Khamis, 21 Ogos 2014

Istana sahkan Sultan Selangor berangkat pulang lusa

 
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka memendekkan percutian luar negaranya dan akan kembali ke tanah air pada 23 Ogos ini. 
 
Perkara itu disahkan sumber dari Istana Selangor ketika dihubungi Bernama hari ini. Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos. 
 
Sebelum ini, Sultan menitahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar sehingga baginda pulang pada 27 Ogos. 
 
Abdul Khalid berkata sementara menunggu tempoh itu, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa sebagai menteri besar bersama-sama empat anggota Exco daripada Pas. - Bernama

3 ulasan:

  1. Be careful pas. Pkr n dap is all out to sabotaj pas shud pas contest in peng kubor.

    BalasPadam
  2. kalau sultan waras dan pentingkan rakyat tidak akan bubarkan DUN sebab p/raya guna jutaan duit rakyat dan WAWI telah dapat majoriti.

    BalasPadam
  3. DYMM Sultan tidak berkenaan WAWI jadi MB. Jadi kena cari calon lain.

    BalasPadam