Foto Ameno World
Forum
membincangkan krisis Selangor malam tadi yang pada mulanya berlangsung dengan
aman, terganggu selepas berlaku kekecohan akibat pertembungan pendapat
membabitkan dua kumpulan penyokong PKR mengenai isu pemecatan Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim.
Kekecohan
tercetus selepas Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip
bertindak mengajukan soalan kepada ahli panel untuk menjelaskan laporan
penyelewengan menteri besar Selangor penggal kedua itu.
Rozan
yang mendakwa Khalid mengabaikan rakyat dalam soalannya itu menimbulkan
kemarahan apabila berlakunya cabar-mencabar daripada penonton yang rata-ratanya
merupakan ahli Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb).
"Kalau
benar Khalid menjaga kebajikan rakyat, bagaimana pula dengan pelajar Universiti
Industri Selangor (Unisel) apabila menteri besar ini langsung mengabaikan
keperluan mereka sehingga ada pelajar yang terpaksa ‘maggie’?” soal Rozan
kepada ahli panel forum sehingga menyebabkan anggota Pasmeb marah.
"Jadi
bagaimana anda boleh jelaskan ini dan mengapa perjanjian penstrukturan air
dilaksanakan juga meskipun pimpinan PKR meminta untuk menangguhkannya buat
sementara waktu?" soal Rozan pada program dihadiri lebih 100 orang di
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.
Bagaimanapun,
keadaan akhirnya berjaya ditenangkan penganjur forum berkenaan meskipun
pertelingkahan hampir tercetus.
Forum
bertajuk 'Krisis Selangor: Khalid Ibrahim belot Pakatan menampilkan ahli-ahli
panel daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, seperti Eksekutif
Komunikasi Shazni Munir Mohd Ithnin, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan
Azrul Azwar dan bekas pegawai komunikasi Nathaniel Tan.
Shazni
menafikan surat tunjuk sebab PKR terhadap salah laku Khalid yang mendakwa
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Azman Bidin mengesahkan beberapa
pertemuan bersama tokoh korporat Umno Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding
penyelesaian hutang dengan Bank Islam.
"Azman
sendiri mengakui tidak wujud pun tuduhan itu, jadi laporan itu tidak sah dan
tidak berasas."Ini bermakna Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hanya membuat satu
tuduhan yang tidak benar kemudian terus menghukum orang itu," katanya.
Azrul
yang pernah menjadi Ketua Ekonomi Bank Islam dalam hujahnya pula mengatakan
beliau antara yang terlibat dalam urusan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank
Islam.
"Pada
2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dan Khalid menjadi menteri
besar, bekas bos saya meminta saya untuk menghubungi beliau (Khalid) untuk
menyelesaikan isu pinjaman itu di luar mahkamah," katanya.
Menurut
Azrul, Bank Islam yang terlebih dahulu menawarkan penyelesaian di luar mahkamah
apabila rundingan pertama Khalid di ibu pejabat bank berkenaan tidak berjaya
disebabkan menteri besar Selangor itu tidak bersetuju dengan terma perjanjian.
"Kerana
itu kita lihat rentetan kronologi sehinggalah ke Mahkamah Tinggi,"
katanya.Beliau
berkata penyelesaian hutang Khalid bersama Bank Islam tercapai selepas bank itu
menerima tawaran dari institusi kewangan Timur Tengah yang cuba menghidupkan
semula skim perjanjian jual beli (BBA).
"Oleh
kerana institusi kewangan itu cuba mempopularkan semula konsep BBA, maka
menawarkan usul kepada Khalid dalam pembayaran jumlah hutang.
"Tawaran
itu dilakukan kerana institusi kewangan itu tidak mahu sekiranya Bank Islam
kalah dalam mahkamah maka ia akan memberi kesan pada polisi BBA," katanya.
Beliau
berkata Khalid akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesaian terbabit dan Bank
Islam juga berpuas hati kerana ia tidak merugikan perbankan itu.
Manakala
Presiden Pasmeb Mazli Saring yang turut menjadi panel pada forum itu berkata
punca konflik di Selangor bermula apabila Khalid mengumumkan simpanan rizab
negeri itu.
"Ia
terjadi akibat ketamakan, apabila Khalid umumkan peningkatan rizab negeri ini,
maka masing-masing mula memasang hasrat ingin mentadbir negara ini,"
katanya.
Semalam
dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengumumkan pemecatan Khalid
dalam parti kerana keengganan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr
Wan Azizah Ismail menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.
Khalid
dalam kenyataannya berkata beliau menerima keputusan itu dan akan memaklumkan
kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatannya.TMI
Dahlah bilangan kerusi dalam DUN Selangor paling kecil; cakap besar macam PKR menguasi semua kerusi DUN. Dengan keadaan sekarang; pecah dua pula!! Semuanya kerana nafsu serakah pemimpin2 PKR bila lihat duit simpanan yang dikumpulkan Khalid dah menggunung.DNA umno yang selama ini dormant dalam sel dan tisu pemimpin2 PKR jadi over-active bila dengar duit tu. Silap haribulan, RM4 bilion tu nanti disapu bersih oleh umno; melopong!
BalasPadam