Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.
Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina."Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila
calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong
perjuangan Umno sejak sekian lama.
"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.
“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno
ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat
apa sahaja," kata Dr Mahathir.
Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.
Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika
semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.
"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.
“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan
Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir
dengan kegagalan buat apa?” katanya.
Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.
Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.
"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam."Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada,” katanya.
Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.
Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata
penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam
seperti menerusi SMS atau pun e-mel.
"Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup,” katanya.TMI
Aduih malunya mantan PM!!!!!! Sudah kena main kah kah kah.
BalasPadamtun da mcm meludah ke langit....huhu
BalasPadamadekah madet nak bagitau maksud dia kalau suku sakat umno so seluruh sukusakat smpi 7keturunan pon kena sokong umno?????? what the fishhh??? mcmanelah mentaliti mcm ni boleh jadi pm dulu aku heran jgkkk ni.... kalau dah masuk umno kena brainwash semua sukusakat dia supaya menyokong umno? kalau gitu madet awat hang tak terus terang dari dulu tukar je nama malaysia jadi Negara UMNO!
BalasPadamBUAT AAPA NAK LAYAN ANAK HINDU PRIA TU.KAT DIA DAH GILA BABI HUTAN HOSPITAL BAHAGIA PUN DAH TAK TERIMA DIA.DAH LE SAMUN HASIL NEGARA BUAT SALAH PUNYA BANYAK TAKUT MENGAKU.TAK USAH DILAYAN
BalasPadama
BalasPadam