Selasa, 20 Mei 2014

Ni Dia Jawapan Ibu Dyana Sofya Kepada Mahathir


Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.

“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

Rabu, 14 Mei 2014

DS Anwar Terlibat Kemalangan


Assalamualaikum dan salam hormat,

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. 

DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. 

DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.

Sekian terima kasih.
 Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Adun Bukit Besi Kembali Ke Pangkuan Umno

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
  
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
 
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
  
Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.
  
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama

Selasa, 13 Mei 2014

Terkini : Sidang Media Pas Terengganu


PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.

PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

"Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.

Pada tahun 2009, tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat jatuh kepada BN dan menteri besar baru dari BN dilantik menggantikan menteri besar dari PAS.M,kini