Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin
untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas
naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.
Zulkifli (gambar) berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat
melatah.
"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah
melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?
"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani
Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua
boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari
ini.
Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya,
Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha
kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.
"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud
dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama
pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.
Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian."@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.
Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah
Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk
menyerangnya.
"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan,
hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan," katanya.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan