Isnin, 21 April 2014

Video Aksi Ritual Raja Bomoh Di Lokasi Kemalangan Karpal Singh


Selepas dikecam hebat ekoran kemunculan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengadakan ritual ‘menghalau puaka’ di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung.

Kawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.

Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.

Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.

Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam. Keadaan ini dilihat seolah-olah beliau mendapat ‘perlindungan khas’ pihak tertentu.

Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan

Memetik paparan blog Anak-anak Negeri Sembilan, Raja Bomoh berkenaan mendakwa kematian Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.


Katanya, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. - Selangorkini.Artikel berkaitan DISINI


1 ulasan:

  1. sejarah demonstrasi baling sebab Ada mati kebuluran(fake).jadi Tom no on juanv secara dalaman pen uh citer2 cantas/kroni.do pecat lalu dikatakan konspirasi.lakonaneraih2 simpati gaban.terusan salah laku yn dipanjagkan sebegitu rupa .
    mempertikai pru malah memanupulasinya..DLL tu dah jadi perkara cacamarba m'sia.
    serupa mcm Hal took bomoh no.selamba be tunjuk anginnya
    soalnnya. Ada depa kesah?
    aku pun mcm nko orang making dibodoh2kan leg an gin can ni keh keh keh

    BalasPadam