Selasa, 29 April 2014

Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan ~ Husam


Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.

"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

"Kita hendak tahu cadangan PAS. Kita tidak tahu lagi sebenarnya. Kalau PAS hendak kemukakan pada kita, kita sedia terima," Najib berkata.TMI

7 ulasan:

  1. now u knw why TGNA abandoned this guy

    BalasPadam
  2. Harus difikirkan pandangan ini dengan serius.Taktik musuh perlu dikaji.

    BalasPadam
  3. Pemimpin datang dan pergi. Jangan risau. Hanya matlamat yang tak berubah. Jatuhkan amno.

    BalasPadam
  4. Pemimpin2 pas perlu memahami sepak terajang permainan politik umno.bukan sekali dua pas diperbodohkan.'' mereka x prnah ikhlas,contoh terdkt ialah isu air dslgor. saya sendiri menyokong penuh hudud ni tp biarlah kita semua mantapkn barisan pakatan kita utk merealisasikan cita222 pakatan ke Putrajaya,INSYAALLAH, kmudian barulah kita bincangkn isu hudud ni. Klu ditakdirkn pakatan memerhtah kelak mudah bg kita mmberi penerangan kpd mereka yg ragu dan menolak undang2 ALLAH. Saya amat yakin lambat laun mereka akan menerimanya setelah mereka lihat sendiri bgaimana PAKATAN uruskan negara. TAKBIR.

    BalasPadam
  5. Hudud sebenarnya ditunggang oleh PAS untuk dapat political milage.

    1993 - Hudud dah diluluskan di DUN Kelantan tapi sampai sekarang tidak diwartakan dan dilaksanakan.

    Cuma yang saya dengar HUDUD ini sebagai topic di ceramah politik. Penerangan ilmiah (bukan politik) tentang hudud amat kurang. Jangan tengok hudud saja sebab bab jenayah dalam islam banyak termasuk qisas, takzir dsbnya.

    Minta dibincang secara ilmiah hukum Allah ni. Bukannya untuk kepentingan politik dan sibuk mengutuk dan mencaci orang lain.

    BalasPadam
  6. Betul kata tuan TN1:25..
    sejarah Rasullulah dahulu bagaimana baginda dituduh pemecah belah kaum Quraish dengan kedatangan baginda membawa risalah islam.
    Adakah kedatangan hudud ini sama dengan kisah kedatangan rasullulah tersebut?.
    Tanpa perlaksanaan hudud rakyat tak dapat melihat dimana kedurjanaan dan sifat pembohong para pemimpin pas... bagi saya, selagi hudud tak dilaksanakan, saya menggangap pas selama ini berbohong dan berpolitik dengan isu hudud.

    BalasPadam
  7. Heya great website! Does running a blog similar to this require a massive amount work?
    I have absolutely no expertise in computer
    programming however I was hoping to start my own blog in the near future.

    Anyways, should you have any suggestions or techniques for new blog owners please share.

    I understand this is off topic nevertheless I just had to ask.

    Thanks a lot!

    Here is my website: goji pro (social.xfire.com)

    BalasPadam