Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw

berkata bahawa beliau enggan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan
isu hudud kerana tidak cukup pengetahuan berhubung undang-undang Islam
tersebut.
Jelasnya lagi, beliau tidak bertindak demikian kerana menentang hudud, seperti didakwa oleh ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani.
"Kalau saya anti hudud takkan saya masuk PAS. DHPP tidak relevan untuk memberikan penerangan hukum hudud itu kepada bukan Islam.
“Seperti di Kelantan, rakyat sudah memilih PAS dan bagi DHPP adalah wajar pucuk pimpinan dan wakil rakyat yang memainkan peranan itu," jelasnya.
Beliau menjelaskan demikian melalui perbualan telefon dengan anggota jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini.
Perbualan tersebut dihebahkan melalui pembesar suara dalam sidang media tersebut.Beliau mengulas gesaan Rosli, seperti dilaporkan lidah parti Umno hari ini, agar beliau dipecat kerana enggan memainkan peranan bagi hu
Menurut laporan itu, Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.
Hu dalam perbualan telefon hari ini berkata, beliau menerima kritikan Rosli itu dalam semangan demokrasi dalam PAS."Saya fikir ia satu demokrasi beliau boleh tegur saya demikian saya boleh jawab," katanya dalam bahasa Inggeris.

Dalam sidang media sama, Khalid berkata beliau menyokong pendapat Hu
kerana tanggungjawab memberi pemahaman itu jatuh pada mereka yang
berilmu dalam undang-undang hudud.
"Dr Rosli sepatutnya
mendengar dulu penjelasan Hu. Kalau saya cakap pasal Hudud pun orang
akan pertikaikan sebab kata saya bukan Ustaz, apatah lagi dia (Hu),"
katanya.
Penjelasan berkenaan adalah berhubung usaha kerajaan
Kelantan untuk mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke
Dewan Rakyat, melalui ahli parlimennya, bagi membolehkan Kanun Jenayah
Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan dilaksanakan di negeri
itu.
MALAYSIAKINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan