Pemimpin DAP memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh
Suasana suram menyelubungi kediaman mendiang Karpal Singh tengah hari semalam apabila pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyelimuti keranda “saudaranya” dengan bendera parti bagi menghormati bekas pengerusi parti pembangkang selama 44 tahun itu.
Kit Siang, yang turut membawa bersama-sama buku rekod lama parti berkata, Karpal menyertai DAP semasa "zaman kegelapan” negara dan parti pada 28 Disember , 1970.
Hampir setahun lebih selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum dan Kit Siang baru sahaja dibebaskan selepas ditahan 17 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran rusuhan itu.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan