Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memberi tempoh kepada
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membetulkan
jawapan Parlimen berhubung laporan polis mengenai video Sambutan Tahun
Baru Cina "Onederful Malaysia" sehingga 19 Mac ini.
Kok yang merupakan naib pengerusi DAP itu menyatakan perasaan
terkejutnya apabila Zahid dalam jawapannya menyatakan video tersebut
menghina dan memperlekehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
walhal ia langsung tidak menyentuh mengenai pemimpin tersebut.
"Bagaimana jawapan Parlimen tersebut menyatakan bahawa video klip
menghina dan memperlekehkan perdana menteri walhal nama beliau langsung
tidak disebut," katanya pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari
ini.
Katanya, tindakan Zahid itu jelas memesongkan maklumat yang benar di Parlimen di mana ianya melanggar peraturan mesyuarat.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan