Sabtu, 22 Mac 2014

Tampal logo DAP di papan tanda masjid untuk cetus provokasi

KAJANG: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menampal pelekat berlogo DAP di beberapa surau dan masjid di sekitar Saujana Impian, Sungai Kantan dan Kajang Baru bertujuan mencetuskan provokasi kaum dan agama sekaligus bertujuan mencemar imej Pakatan Rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga mendapat maklumat tentang kewujudan pelekat logo DAP di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Pelekat berlogo DAP itu diletakkan di papan tanda surau dan masjid berkenaan.Kejadian dimaklumkan kepada pihak PKR awal pagi ini oleh calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

Perkara tersebut turut diakui Timbalan Pengarah PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin yang menegaskan Pakatan Rakyat tidak sesekali membenarkan taktik kotor sebegini dilakukan.

"Kita beranggapan pihak tidak bertanggungjawab sengaja memainkan sentimen pengundi Melayu kerana melihat pertambahan sokongan yang diperolehi kita dengan pengundi Melayu," tegas beliau.

Justeru, beliau meminta pihak jawatankuasa masjid dan surau berkenaan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab tersebut dikenal pasti dan di bawa ke muka pengadilan.Hrkh

1 ulasan:

  1. Walaupun i xsapot meletak apex2 benda yg melibatkan politak kat tempat ugama... i nih xbrape paham ape kaitan dap ngan majsid? Betapa jahilnyer org melayu kalau merase pelekat logo parti dap dapat mem-provok kau?

    BalasPadam