Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan
laporan yang menyatakan penerbangan MH370 telah membuat pendaratan
kecemasan di Nanning, China adalah palsu.
"Kami telah menyemak dengan pusat kawalan dan ia tidak benar," kata Naib Presiden Kawalan Operasi, Fuad Sharuji, Sabtu.
Beliau berkata, dalam laporan hubungan terakhir pada ketinggian
35,000 kaki, kira-kira dua jam selepas berlepas dari KLIA, tiada
sebarang panggilan daripada anak kapal atau pemberitahuan dari menara
kawalan bahawa mereka mempunyai apa-apa kesukaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan