Ahli keluarga bergantung pada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita dari MH370 - Gambar Fail TMI
Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga
penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di
Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada
antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi
dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.
Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel
Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat
mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan
ke hospital mengalami masalah sama.
Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh
pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.
“Kebanyakan ahli keluarga mula bergantung antara satu sama lain.
Sesetengah daripada mereka cuba menerima takdir orang yang mereka sayang
tidak akan kembali lagi.
“Mereka yang lain bergantung kepada khabar angin atau teori konspirasi
yang membuat mereka tenang merasakan penumpang masih hidup,” kata ABC
News.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan