KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370
yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah
mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia.
Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online
(www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang
membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka.
Dengan judul 'Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777
mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from
Malaysia', portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk
mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.
Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak
pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun
mungkin juga disebabkan oleh letupan.
Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak
mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari
radar.
Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.
Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita
itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk
bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.
Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik
menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat
sekarang.
Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.Ia membawa 153 orang penumpang warga China.
Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka.Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut
memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad
Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka
secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata
yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan
prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia
dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat.
Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan
yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai
papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia
memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu.
Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian
(www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu
sebagai berita utamanya dengan judul 'Malaysia Airlines lose contact
with plane – live'.Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia.Mstar
ARTIKEL BERKAITAN DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan