Isnin, 24 Mac 2014

FBI Siasat Isteri Juruterbang Pesawat MH370

Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah

Isteri kepada juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Faizah Khan akan disoal siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut.

Daily Mirror melaporkan ejen perisikan Amerika itu akan menerajui siasatan berhubung latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar) dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

Bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

"Nampaknya tiada apa dalam kehidupan Fariq yang dapat menjurus kepada motif rampasan."Bagaimanapun kehidupan peribadi Zaharie jauh lebih rumit dan kami dalam proses untuk membongkarnya,” kata sumber kepada Daily Mirror.

Siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungannya terhadap politik, menurut laporan itu.

FBI juga berminat untuk menyiasat panggilan telefon yang diterima Zaharie oleh seorang wanita misteri yang menggunakan identiti nombor telefon bimbit palsu dua minit sebelum berlepas.

Tiga simulator penerbangan di rumah Zaharie iaitu Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X-Plane 10 diharap dapat menjadi petunjuk kepada FBI, kata Daily Mail.

Katanya, cakera keras simulator berkenaan turut diperiksa FBI bagi mendapatkan petunjuk mengenai apa yang berlaku atau fail yang dipadamkan.
Polis Diraja Malaysia pada Ahad menafikan laporan akhbar British, Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata.‎TMI

6 ulasan:

  1. Apa hak FBI nak siasat warga negara kita? Kenapa Najib biarkan sahaja. Ini sudah melampau... jika seorang mula disoal siasat oleh pihak luar, maka akan lebih ramai rakyat Malaysia akan disoal siasat. Di mana kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara berperlembagaan. Ini sudah bukti bahawa pemerintahan Najib lemah membiarkan campurtangan asing di dalam pentadbiran negara.... sial cukup sial, celaka cukup celaka.

    BalasPadam
  2. diakhir siasatan Kapten Zaharie akan dituduh pengganas Islam

    BalasPadam
  3. FBI hanya menyusur lorong yang Hishamudin buat. Dalam hal kehilangan pesawat perkara utama bukan usaha mencari pesawat, tetapi lebih kepada teori kehilangan. Ini disebabkan pemimpin KERAjaan yang ada hanyalah yang dungu dan bodoh saja. Kapten larikan pesawat, marahkan kerajaan, kecewa kerana Anwar kena penjaralah, miliki simulator kat rumah. Nasib baik Kapten tersebut tidak memiliki simulator kereta kebal kat rumah. Kalau ada cukup bukti untuk mengaitkannya dengan pengganas.

    BalasPadam
  4. jangan biarkan kuasa asing itu...

    BalasPadam
  5. Hangpa bawak dr Siam boleh pulak?

    BalasPadam
  6. Anjing yahudi nak siasat apa?bukankah boleh dianggap diaorang yg menyebabkan benda ni berlaku?kenapa x siasat diaorang?

    BalasPadam