PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Itali, Luigi
Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan
Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya
tidak menaiki pesawat itu.
Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan
Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun
lalu.
Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.
Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai
kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai
perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih
hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi
memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.
"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "
Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan