Rabu, 12 Februari 2014

Taib Mahmud Bersara,Adenan Satem Ketua Menteri Baru


Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada 28 Febuari ini.

Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.

Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan