Selasa, 25 Februari 2014

Saman Presiden RM2 Juta,ahli Pas diminta bertenang

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.Hrkh

7 ulasan:

  1. Ahli PAS seperti biasa diminta memberikan sumbangan kepada Tok Guru. Tabung Memali tak cukup rasanya nak cover...

    he..he..

    BalasPadam
  2. Ini baru balasan di dunia sebab memfitnah...di akhirat kelak, Allahualam

    BalasPadam
  3. Awat laaa hangpa biaq sampai jadi macam ni. La baru nak keluarkan barisan peguam yang hebat-hebat. Dulu kalau file pembelaaan kan dah selesai. Tapi hangpa buat derk saja sampai mahkamah jatuhkan hukuman ingkar. Nak manage diri sendiri pun x cekap macam mana nak manage country. Cammon laa tingkatkan sikit education level PAS. InsyaAllah kita ramai-ramai undi hangpa.

    BalasPadam
  4. Sekarang ni k3coh juga mengapa Anwar tak buat apa bila dah kena bayaq RM 2 juta. Masa nak buat tuduhan dulu ada Anwar suruh atau minta kebenaran Anwar. Stail apa ni? Ini bukan stail PAS tapi stail UMNO!

    Apabila menantu Presiden PAS tikam belakang PKR Selangor di Kota Damansara, ada Anwar bising atau p3mimpin PKR bising sedangkan yang tanda watikah calon PAS untuk tikam belakang rakan dalam Pakatan ditandatangani ol3h Presiden PAS sendiri!

    Ada Presiden buat apa-apa atau mengambil tindakan kepada menantu atau ahli PAS yang terlibat dalam kes Kota Damansara? Ilekkk...nadaaa.....tarak! P3juang Islam macam ni kaaa.

    Kes saman pil kuda ni takde kaitan pun dengan Anwar. Mulut sape yang tabur fitnah? Sendiri tanggung le...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro bat8, lu mmg betul.. nk marah kt dsai pasal apa, dia xde pun balas apa2 pun tuduhan org pas kt dia..

      Padam
  5. Aikkk sapa cakap pasal anwar???? Kat sini xnampak nama anuar kecuali dari bat8..

    BalasPadam