Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy (gambar) melepaskan jawatan
sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji
kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.
Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan
peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.
Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha
meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi
membantu masyarakat India.Ramesh berkata Hindraf mahu kekal setia kepada golongan miskin dalam masyarakat.
"Kami sudah melakukan segala yang boleh – menandatangani perjanjian
dengan musuh semata-mata demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang
miskin dan dengan kepercayaan bahawa Barisan Nasional akan memenuhi
janji-janjinya.
"Kami berputus asa menanti saat itu menjadi kenyataan selepas lapan bulan mencuba,".TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan