Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes
Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri
penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat
penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu."Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.
Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan
manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat
keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan
pembayar cukai.
"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion."Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.
Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013
sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa
laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan
jumlah penumpangnya.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan
kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing
yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.
Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.
Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian. "Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli
perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada
hari esok," katanya.
Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.
MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta.TMI
saya tak pandai sangat bab berniaga ni., kalau syarikat perniagaan yang baru dua tahun beroperasi dah melalui kerugian mungkin orang akan kata ianya sebagai pengalaman yang berguna tapi kalau syarikat yang telah sekian lama menjalan perniagaan tapi mash ditimpa kerugian (bukan sedikit pulak tu) seolah olah ada yang tidak kena.
BalasPadamKali ini kroni mana pula yang songlap dan lepas itu buat pelupusan yang sebenar duit itu tak kemana tapi pemutar screw tu yang memutarkan faham sendirilah
BalasPadamSebaik2 nya tutup Syarikat ini dan ganti dgn muka2 baru.
BalasPadam