Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan anak bekas perdana
menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di
Malaysia, menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.
Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan dua
individu yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal
dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.
Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.
"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43%
berbanding RM10.6 billion tahun lalu," kata Malaysian Business dalam
kenyataan media.
Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui
MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.
Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan
MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan
elektrik dan Gas Malaysia.Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.
Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.
"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum
berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lalu, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.
Kenyataan itu berkata, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut
meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang
baik.
"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18
Januari 2013, meningkat 11.73% berbanding RM194.86 bilion setahun lalu,"
kata majalah tersebut dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.
Majalah tersebut menyifatkan peningkatan kekayaan tersebut disumbangkan
oleh pasaran saham dan kadar inflasi yang meningkat pada tahun lalu,
susulan beberapa pemotongan subsidi oleh kerajaan pusat.
"Keseluruhan peningkatan kekayaan ini disumbang oleh pasaran saham dan
kenaikan inflasi, memandangkan kekayaan mereka berasaskan pegangan
saham.
"Ia juga bersangkutan dengan prestasi syarikat dan perkembangan ekonomi Malaysia yang positif sejak 12 tahun lalu," katanya.
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong serta
memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan
kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai
RM54.48 bilion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lalu.
Beliau disusuli taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan
bernilai RM33.19 bilion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas
Sdn Bhd.
Senarai itu juga mencatat dua individu terkaya yang kembali berada dalam senarai 40 orang tersebut.
"Dua individu kembali ke dalam senarai tahun ini.
Datuk Tony Tiah
daripada TA Enterprise berada di tangga ke-38 dengan aset bernilai
RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail daripada Puncak Niaga
berada di tangga 40 terkaya dengan RM543.74 juta," kata majalah itu.
Senarai penuh 40 taikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu.Seperti tahun-tahun lalu, kekayaan 40 individu dalam senarai itu
dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat
tersenarai.Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.TMI
Abdul Rahman bin A'auf adalah orang terkaya di zaman Rasulallah SAW..Beliau telah mendermakan 100 ekor unta berserta muatannya sekali kepada fakir miskin..dan juga separuh dari hartanya untuk berjihad... Dijanjikan syurga kepada beliau..namun masuknya beliau ke dalam syurga dalam keadaan 'mengesot'.... Amacam kita!!!???
BalasPadamBapak jadi pengerusi Petronas, anak tukang sapu projek Petronas macam mana tak kaya. Inilah cth. anak bapak yg bagus. Lepas ini sorang lagi pula berangan-agan nak jadi pm pula. Teruskanlah perjuangan yg belum selesai- madey kutty & sons. Nanti mesia ni jadi hak milik madey kutty & sons Sdn Bhd pulak.
BalasPadamSelagi negara belum terjual dan lingkup teruskanlah.........umno
syukur lah ada juga nama islam dalam ranking terkaya tu
BalasPadam