Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan
mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin.
Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee
Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman
antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden
PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan
rakyat demi beberapa individu dalam parti.
"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.
Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.
"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.
Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."
Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.
"PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN
Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di
Petaling Jay, pagi tadi.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan
Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di
sini."
Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan
mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil
alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.
"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang
akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat
di kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada
pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.
"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting,
semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini,"
katanya.
Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga
diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.
"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding.TMI
Dr.Asri wajib faham percaturan politik.Dahulu pembangkang tiada pengaruh kerana media di kuasai pemerintah.Kini sudah ada internet,media alternatif dan rakyat dapat alternatif news.
BalasPadamSelain media pemerintah ada kuasa melantik Senator seandai nya "kepakaran" nya di perlukan contohnya Jins Shamsudin dan Putra Katak.Jadi apa outlet atau jalan keluar untuk pembangkang meletak "pakar" mereka?
Ustad, baik tumpu pada soal ugama saja. Tak perlu cuba tunjuk terror sangat hal politik. Komen macam ini akan jadi bahan ketawa!
BalasPadamGua SETUJU....Sesangat-sangat. Ini Dinamakan RAKYAT DIPOLITIK. Kamu semua adalah ahli politik, tapi janganlah sampai Rakyat diusung sama. Rakyat sudah memberi MANDAT dan KEYAKINAN penuh pada yang dipilih.
BalasPadamGua percaya Rakyat KAJANG mesti akan marah dan rasa tidak puas hati. Jangan rasa terlalu Yakin dengan masalah KANGKUNG dan kenaikan harga. Rakyat pun ada tugas dan Tanggungjawab yang perlu ditanggung.
Kalau PKR ada masalah selesaikan dengan cara yang betul. Seluruh Negeri membaca dan menilai. Alasan yg di berikan untuk meletak jawatan tidak masuk akal sama sekali dan tindakkan ini terlalu DUNGU. walaupun ia ada berlaku atau apa saja dalam sejarah politik Malaysia, yang pasti ia tidak WAJIB berlaku pada waktu yang mana Rakyat sedang menanggung BEBAN. Adakah PKR ini wujud atas dasar membuat perubah yg baik buat RAKYAT atau mengambil kesempatan dari perbuatan terkutuk BN.
Dalam Barisan PR Tak mungkin tiada seorang pun yang berkelayakan. kalau tak layak? mengapa pilih mereka menjadi PEMIMPIN untuk Rakyat? Percaturan Politik yang Memalukan. PR WAJIB menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Kalau Benar DSAI atau RAFIZI(YB Parlimen Gua ni)ini bukan lah waktu yang tepat. Tan Sri Khalid kalau buat kesilapan pun panggil semua YB yang dilantik oleh RAKYAT Selangor untuk bermesyuarat dan aturkan penyelesaian untuk Tan Sri apa yang perlu beliau patuhi, bukan dengan cara memecat beliau.
Adakah dengan cara memecat Tan Sri masalah dalam PKR akan selesai. Kalau benar kenyataan YB kajang ini, beliau tiada prinsip dan tidak boleh dipercayai di masa akan datang.
Dengan Isu ini, BN teramatlah gembira sama sekali. malah BN tidak akan gusar untuk bertanding
Gua sebagai Rakyat pun dah BOSAN dengan kelakuan Pemimpin2 PR yang gua harap dah macam kartun.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamIni lah politik yang mementingkan diri sendiri. Kalau sekadar masaalah menteri besar tak bolih diselesaikan. Bagaimana jika Memerentah Negara? Ini bermakna. PKR belum bersedia menghadapi resiko yang lebih besar. Jangan jadi politik kedai kopi.
BalasPadamgelojoh baran tamak dan tiada makna kesabaran akan berakhir dengan kekecewaan. Jalan yg dilalui diulang2 sedari dulu hingga kehujung hayat.oh anuar anak hamba allah ,keyakinan mu hidup politik maha mencelakan.
BalasPadamap mohon menghindar
Maaf Dr.Asri anada hanya lihat dari sudut dalam pr dan individu bernama Anuwartampa skop lebih jauh. Serangan dari umno/bn. contohnya rampasan kitap suci orang kristian yang didalangi oleh umno/bn untuk mencetuskan ketegangan antara agama,isu Kaliah Allah yang sengaja jana oleh umno/bn,isu pengguguran Azmin Ali dari PKNS dirancang oleh umno/bn bertujuan memecah-belah hubungan antara kaum di selangor demi memenuhi niat jahat umnor/bn untuk merampas selangor untuk mengembong poket orang umno/bn dan kroni mereka Tindakan PR satu tinakan yang betul,jika benar ianya satu pembaziran kata bn, maka bn tak payah bertanding dikajang. Sebenar nya pembaziran yang sebenar adalah dipehak Kerajaan Persekutuan . Kenapa anda tidak persoalkan.
BalasPadam