Isnin, 27 Januari 2014

Penjelasan Khalid Samad Selepas Debat Dengan Noh Omar Dibatalkan

Saya dimaklumkan lewat malam tadi oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian bahawa debat saya dengan Noh Omar telah dibatalkan atas sebab tertentu. Saya sampaikan berita pembatalan ini kepada sahabat-sahabat saya dan ramai yang berkata "seperti dijangka". Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pihak di sebelah sana tidak yakin dengan kebolehan Noh berhujjah secara ilmiah.

Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'. Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh. Ianya hanya satu ijtihad yang tidak berasaskan kefahaman yang tepat terhadap masalah murtad ummat Islam di negara ini. Punca sebenar murtad ialah kejahilan agama dan kelemahan kepimpinan pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mampu menzahirkan kehebatan dan kebenaran Islam.

Tidak mengapa, jika diizinkan Allah lain kalilah pula. Tetapi untuk santapan dan 'sentapan' hari ini, saya kongsikan gambar( bawah) laman web kedutaan Arab Saudi yang jelas terpapar gambar bendera negara tersebut. Sila lihat terjemahan rasmi kalimah syahadah yang di buat oleh mereka. Bila agaknya PERKASA dan JATI bercadang untuk buat demo di hadapan kedutaan Arab Saudi pula? Ajar mereka bahasa Arab yang betul dan perbetulkan terjemahan mereka!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD



1 ulasan:

  1. aq tidak kronik mcm nkorang.
    islam kat dunia lagi guna b.arab begitu kat akhirat.satu bahasa komunikasi setelah disempurnakan mohammad s.a.w.itulah dari adam telah di kenali 'allah' nama tuhan.x salah kemungkaran manusia dikerjakan setan mengguna istilah ini terutama bagi yg anut agama samawi mengongsi wlu berbagai anggapan.tetapi tidak untuk islam ia hanya satu untuk diimani.diwiridkan..
    bukan bahasa yg mau dikelirukan.dan di semenanjunglah satu2nya ia dipertahankan.tidak menuding.tidak mengheret..selain mereka yg beriaƄ2 untuk bercakap zalim.diam lebih baik dr berkata2 pd benda yg cam begini. tp sepatah kata untuk brpesan2 jah.
    apapon sokong program debat batu api ni dixan.batal!

    BalasPadam