Sabtu, 28 September 2013

Foto Terbaik : Ulama Terkenal Palastine Menyantuni Jenazah Ust Azizan


Terharu melihat Sheikh Mohd Mahmood Siyam turut memberi penghormatan terakhir pada Ust Azizan dengan cara mengucup wajah Allahyaryam Ust Azizan.

Beliau merupakan bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestin dan juga bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestin.

Sheikh Mohd Mahmood Siyam kini hidup dalam buangan dan menetap di Yaman.Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.

Tinta Hijau DKB pernah bertemu dengan beliau ( foto bawah ) ketika beliau hadir memberi kuliah berkaitan isu Palestin di Besut tahun lalu ~ Tinta Hijau DKB


Tongkat Tok Guru Nik Aziz Bernilai RM 15,000


KOTA BHARU: Tongkat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu telah dibida seorang usahawan pada harga RM15,000.

Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, pada program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam.

Lelongan  bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang.

Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu hasil lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai.

Ketika ditemui, Abdullah mengakui sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS  itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah.

Jelasnya lagi, beliau berhasrat untuk menggunakan sendiri tongkat berkenaan walaupun tidak menggunakannya sebelum ini.

“Saya memang meminati Tuan Guru, dia ikon saya malah saya sentiasa mengikuti perkembangan tok guru sejak 25 tahun lalu,” ujarnya.

Beliau tidak teragak-agak untuk membeli barangan peribadi Tuan Guru sekiranya ada yang ingin dijual untuk tujuan amal.

Walaupun tidak selincah sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar, tidak bererti keperihatinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap rakyat telah berakhir.

Keperihatinan dan tanda tanggung jawab yang tidak pernah berakhir itu mendorong Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyerahkan tongkatnya untuk dilelong baru-baru ini.