Jumaat, 15 Februari 2013

Awas jika nampak kertas di belakang kereta anda

 Awas jika anda nampak kertas sebegini di belakang kereta anda

KUALA LUMPUR: Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya.

Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda.

Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam.Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

Berhati-hatilah...Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.

Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan  ini.Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.Hrkh

Anwar Anggap Tindakan Najib ' Tidak Cerdik '

KUALA LUMPUR 15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali ‘Are you ready for BN?’ setelah dijawab ‘No’ ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.“Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik,” kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu.

Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.

Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.

Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.

Najib: ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)
Penonton: Yes (Ya)

Najib: ‘Are you ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?)
Penonton: ‘No’ (Tidak)

Perdana Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah bersedia untuk beraksi di pentas.