KUALA LUMPUR 15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali
‘Are you ready for BN?’ setelah dijawab ‘No’ ketika soalan itu ditanya
kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.“Tapi
tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik,”
kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah
Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam
Rabu lalu.
Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat
terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di
Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.
Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara
pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan
mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan
minit.
Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.
Najib: ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)
Penonton: Yes (Ya)
Najib: ‘Are you ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?)
Penonton: ‘No’ (Tidak)
Perdana
Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di
Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah
bersedia untuk beraksi di pentas.
Malah, ramai di kalangan penonton memakai baju kuning, hijau dan
merah seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum
ini.
Ada antara mereka turut makai baju ‘Bersih’ pada majlis itu.Selepas konsert Psy, Najib sekali lagi dimalukan dan terpaksa
meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk
menyertai ‘Yee Sang’ dengan pemimpin BN.
Semalam, BN mereka cerita kononnya Psy tidak turut serta naik ke
pentas ketika upacara ‘Yee Sang’ kerana penyanyi Korea itu menerima
ancaman nyawa.
Sebelum itu, pemimpin BN terpaksa menyelamatkan maruah Perdana
Menteri dengan menuduh penolakan rakyat di majlis itu berpunca dari
sabotaj Pakatan Rakyat.KD
Tempat berkumpulnya penyokong pakatan menyebut 'NO', tapi rakaman video dari sudut yang lain, ramai hadirin menyebut 'YES' !
BalasPadamSoalannya, apakejadah penyokong pakatan haram datang ke majlis anjuran BN ??
nak sabotaj ler tuu....
BalasPadamPengikut dan pentaksub anuar adalah manusia bodoh, pekak dan buta. anuar manusia rakus ultra segala kegilaan, kebanyakan generaasi muda sangat mudah kena kencing dan mereka yang seumur denganya jenis pekak badak dan otak tumpul.
PEMIMPIN apa ke nama kaku jubur dan burit???
dibarat pemimpin yg mempunyaai kes moral/ skendal sex, dah lama mampos kena terajang. anuar bernasib baik hidup di MALAYSIA, DALAM parlimen dengan "hansand" pengesahan pengamal sek songsang masih diterima berada didewan mulia rakyaat,,, pelik cara disini.
MASYARAKAT semacam pejam mata dan merelakan najis busuk hari-hari muka sial memenuhi akhbar, media masa dan medan ceramah.
DAJJAL LAHANAT yang bercita-cita nak rebut PM......