Jumaat, 18 Januari 2013

Rupanya ini punca Bawani soal Sharifah Zohra

 Gambar dari rakaman video menunjukkan Bawani (kiri) berdiri mempersoalkan pembentangan oleh Sharifah Zohra. – Gambar diambil dari Youtube

KUALA LUMPUR 18 Jan — Bawani KS mengakui persembahan slaid semasa forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” yang memaparkan kritikan ke atas pemimpin pembangkang dan beberapa aktivis menyebabkan beliau bangun untuk bersuara dan mempersoalkan pembentangan panel forum Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Menurut Bawani, persembahan slaid tersebut yang memaparkan gambar seperti ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, aktivis Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tajuk forum tersebut.

“Gambar yang mereka paparkan dalam forum tersebut adalah tidak munasabah,” kata Bawani dalam satu sidang media hari ini.

“Ianya tidak langsung berkaitan dengan forum yang bertajuk ‘Seiringkah mahasiswa dan politik?’. Oleh sebab saya tidak berpuas hati, saya bangkit dan memberikan hujah sebelum Sharifah Zohra kemudiannya menarik mikrofon saya.”

Bawani juga berkata tidak berpuas hati dengan penganjur forum tersebut yang hanya membenarkan dua soalan diambil daripada mahasiswa untuk dijawab, serta mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana mahasiswa terpaksa berikrar selepas tamat forum.

“Sepanjang saya menghadiri forum, inilah kali pertama saya melihat orang ramai diarah mengangkat ikrar.

“Oleh yang sedemikian, saya berpendapat forum tersebut bukan bagi mendengar suara mahasiwa tetapi sebaliknya adalah untuk membodohkan mahasiswa,” kata beliau lagi.

Apabila ditanya sama ada bimbang atas tindakan yang diambilnya semasa dalam forum tersebut, Bawani berkata beliau tidak melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang.

Himpunan #KL112 : Polis Ambil Keterangan Mat Sabu

 Himpunan #KL112

SHAH ALAM - Polis mengambil keterangan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu hari ini berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu.

Mohammad diambil keterangan di sebuah restoran di di sini, kira-kira jam 9 pagi.

"Ini merupakan prosedur biasa buat polis. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, keterangannya diambil selama 15 minit oleh dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketika ditanya mengapa keterangan itu diambil di restoran berkenaan, Mohammad menjelaskan, beliau mempunyai tugas penting di sini.

"Saya yang meminta pegawai tersebut datang ke sini," katanya.SH

Mesti Lihat !! Tarikh Dun Dun Dan Parlimen Terbubar Secara Automatik


21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.