Tahniah kepada Umno-BN kerana menepati slogannya “Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan”. Terkini ialah kejayaan Umno-BN menaikkan tarif
elektrik pula. sebelum ini, Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan
diesel sebagai hadiah segera kepada rakyat yang memberinya mandat
memerintah Malaysia sekali lagi.
Tahniah juga kepada rakyat Malaysia khususnya yang mengundi Umno-BN pada pilihan raya yang lalu. Kepada yang marah-marah kerana tarif elektrik naik, anda boleh guna lampu minyak tanah atau yang setara dengannya.
Nasihat ini sama seperti yang ditujukan kepada penentang kenaikan harga ayam sebelum ini. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Jika marah harga minyak naik, jangan guna minyak – gunalah basikal atau kereta lembu.
Saya juga berpandangan bahawa pak menteri tidak perlu susah-susah memikirkan alasan kenaikan tersebut. Hal ini kerana kami sedia maklum bahawa jawapannya – harga tersebut lebih rendah berbanding negara jiran atau anda boleh pindah ke negara lain.
Kini, saya juga tidak sabar-sabar pula menunggu pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau ringkasnya CBP – tetapi Umno-BN lebih suka guna bahasa Inggeris iaitu GST, ringkasan kepada Goods, Services and Tax – apa kelas guna bahasa Melayu, tak glokal langsung.
Bagi saya, inilah masa yang paling cun untuk menaikkan segala macam cukai. Maklumlah, Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh lagi. Kepintaran pimpinan Umno-BN membaca mood rakyat sukar disangkal, mereka amat faham jika kenaikan ini dilakukan kurang dari setahun PRU, tentunya rakyat akan marah.
Dan saya amat kagum dengan bangsa saya sendiri kerana memiliki sifat pemaaf dan muda lupa. Sifat terpuji ini mungkin tiada pada bangsa lain. Walaupun tanah air mereka sedikit demi sedikit tergadai kepada warga dan bangsa lain, mereka bersedia memaafkan Umno-BN apabila mendapat sedikit imbuhan seperti BR1M atau seumpamanya – benar seperti yang dikatakan Tun Mahathir, “Melayu mudah lupa”.
Selain itu saya memuji sifat sabar dan pemurah sebahagian rakyat Malaysia. Walaupun laporan audit negara menyatakan bahawa dana awam digunakan untuk “menderma” kepada pembekal peralatan jabatan kerajaan dengan membayar lebih dari sepatutnya.
Laporan audit menyatakan bahawa kerajaan telah membeli Marine Binocular dengan harga RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940. Nah, terbukti sifat pemurah jabatan kerajaan yang diterajui oleh Umno-BN. Itu laporan audit 2012 sebelum PRU13! Kemenangan Umno-BN membuktikan rakyat memang sayangkan Umno-BN kerana sifat pemurahnya dalam membelanjakan dana awam.

Sebahagian rakyat Malaysia
khususnya orang Melayu tidak kisah apa-apapun yang naik – asalkan hujan
turun. Yang penting setiap kali pilihan raya mereka akan dapat beras
sekampit dua, bertemu muka dengan pak menteri dan seronok mendengar
janji berjuta-juta.
Mereka tidak kisah pun tinggal di atas tanah
yang tiada geran hak milik walaupun permohonan untuk memilikinya sudah
masuk generasi kedua. Mereka juga tidak peduli YB mahu hidup senang
dalam banglo mewah sedangkan rakyat hidup dalam rumah yang hampir
runtuh. Mereka gembira dan tumpang bangga YB dapat pakai kereta
berjenama dan bermutu seperti Mercedez, BMW, Volvo pada harga diskaun
sedangkan rakyat terpaksa membeli kereta proton pada harga bercukai.
Ya,
itulah sifat-sifat baik dan terpuji sebahagian rakyat Malaysia – menang
sorak kampung tergadai. Terima kasih sekali lagi kepada Umno-BN dan
tahniah kepada rakyat yang memberi mandat.Hrkh ~
Majdan Dagang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan