Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua
Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap
masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas.
Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah
tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat
sama.
Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan
bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau
RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana
pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi
Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini
menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan
institusi di seluruh negara.
Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan
bagaimana ahli politik licik menipu sistem untuk selama beberapa dekad
dan melepaskan diri.
Jadi apa salahnya mereka juga melakukan perkara sama? Lagipun ia adalah
dana awam milik mereka dan patut dibazirkan sesuka hati.
Lebih membimbangkan ialah tiada seorang pun dihadapkan ke muka
pengadilan sejak bertahun-tahun kebelakangan ini bagi setiap pembaziran
dan rasuah yang berlaku.
Bilakah kali terakhir seseorang dipertanggungjawabkan kerana membuat
pembelian mesin cetak, dakwat, kasut, jam dan pengimbas yang lebih mahal
daripada harga pasaran?
Menteri, ketua setiausaha, ketua pengarah dan ketua kerani mana yang
mengakui kesilapan mereka dan meletakkan jawatan untuk bersikap
tanggungjawab atas kecuaian tersebut?
Adakah mereka prihatin mengenai anggota polis yang hilang senjata atau
kereta polis hilang tanpa ada seorang pun yang dipertanggungjawabkan?
Atau wang yang masih dibayar kepada orang mati? Malah tidak mustahil
juga mereka yang sudah mati ini masih berada dalam daftar pemilih.
Adakah mereka tidak malu jam tersebut dibeli dengan harga tidak masuk
akal? Atau wang tersebut dibelanjakan tetapi hasilnya tidak nampak?Jawapan paling mudah adalah tidak.
Jika kakitangan kerajaan boleh menuntut RM300,000 untuk lawatan empat
hari bagi mengkaji penggunaan sistem kecemasan 999, tiada sesiapa pun
peduli, apatah lagi berjuta-juta dibazirkan atas nama rakyat.
Laporan Ketua Audit Negara hanya satu lagi kad laporan tahunan untuk
kerajaan terus merungut dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik, ia
tidak lebih daripada satu penyesalan sia-sia untuk rakyat Malaysia
amnya.
Kerajaan boleh mendakwa mereka melakukan yang terbaik dan menubuhkan
lebih banyak panel mengkaji pembaziran tersebut, ataupun meminta
Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menganalisis Laporan Ketua Audit
Negara tetapi jika tiada tindakan diambil, kepercayaan orang ramai akan
terhakis.
Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan tunai
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau perumahan mampu milik jika kerajaan
masih memandang sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya,
jabatan kerajaan, agensi awam atau firma negeri.
Barah rasuah sangat mendalam sehingga ia diinstitusikan dan apa yang boleh kita semua lakukan adalah hanya membaca mengenainya.
Persoalan sekarang ialah masih adakah orang jujur dalam kerajaan atau
perkhidmatan awam yang sanggup bertanggungjawab atas Laporan Ketua Audit
Negara itu? - 2 Oktober, 2013.TMI
INI KIRA LAWAK JENAKA YANG YANG MENGELIKAN LUBANG PUKI.JADI MARI LAH RAMAI RAMAI KETAWA KAKKAKKAKKAKAKK
BalasPadam