KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah
sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu
anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.
Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini.
Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.
Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.
Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan.
Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.
Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.
Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.

Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.
Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.
Selain
itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik
sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan
Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan.
Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.
Hadir
sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri,
Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan
Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
“Pelantikan
Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco
terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.
“Melalui
persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan
perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera,” kata
Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.
Menurutnya
Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau
mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.
Oleh
itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih
lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran
timbalan-timbalan Exco.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan