Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran
kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak
syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade(KGT) Sdn Bhd dan
Tunjong Development Corporation.
Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu
semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas
menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana
mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu
mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub
seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.
Menurut Husam (gambar atas), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan
ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.
"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan
Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan
lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab
untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah
Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider.
"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi
memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah
meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang
dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya
berkenaan.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut
telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu
tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan
kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar,
teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az
Zahab.
"Alhamdulillah
selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas
kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kanan) minggu lepas. Selain
itu kami telah mendapat kelulusan perlombongan mengganese yang boleh
digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu
sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam
kesal.
Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru."Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam."Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.
PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya."Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya."Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.
KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.
"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak
syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah
Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan