Jumaat, 23 Ogos 2013

Azilah Dan Sirul Secara Rasmi Keluar Penjara

 Saudara mara Koperal Sirul menanti di luar Mahkamah Rayuan Puterajaya pagi tadi.Gambar ~ The Malaysian Insider

Anggota polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar meninggalkan penjara masing-masing hari ini selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Azilah meninggalkan Penjara Kajang pada jam 11.45 pagi selepas selesai proses dokumentasi.Koperal Sirul Azhar pula dibebaskan dari Penjara Tapah

"Azilah balik dari Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk beberapa proses dokumentasi serta mengambil barang kepunyaannya sebelum meninggalkan penjara bersama keluarganya," kata Zulkifli ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada sebelah pagi, melepaskan dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh Altantuya tujuh tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar terhadap sabitan dan hukuman. - Bernama, 23 Ogos, 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan