Khamis, 11 Julai 2013

[Video] PRK Kuala Besut : Kenyataan Pertama Che Long Selepas Dipilih Sebagai Calon Pas

Che Long @ Abe Long



BESUT - Haji Endut @ Azlan bin Yusof atau yang lebih dikenali sebagai ‘Che Long’ berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala Besut.

“Pada saya, saya kata, InsyaAllah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai (kan) hajat kita (dan) hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala,

“InsyaAllah, kalau saya menang bertanding pada pilihanraya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji (elaun) yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,

“saya nak buat satu tabung diuruskan oleh beberapa orang yang kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik (jadi) kalau ada betul-betul orang miskin (yang) perlu…..Silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil insyaAllah,”ujarnya.

Menurutnya, beliau turut bercadang untuk melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya bersama-sama beliau dan sekiranya ketika ketiadaannya dalam ‘kawasan’.

Bagi beliau, orang-orang yang Islam dan beriman perlu menyemaikan kasih sayang  kerana dengan itu dapat merasai kesusahan yang dialami oleh orang lain.

“apabila kita ni jenis orang beriman, kita orang jemaah yang paling penting,  sama-sama kita ini dengan rakyat ini, kita nak belajar berkasih sayang.

“ Apabila kita berkasih sayang, kita dapat merasa apabila kita tengok orang susah, kita (juga) berasa (susah) orang yang berasa kesian juga ke orang (lain) ni, Alhamdulillah, orang tu (akan) dapat rahmat Allah Ta’ala,”jelasnya.

Che Long telah diisytiharkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili PAS untuk bertanding melawan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihnaraya Malaysia (SPR) pada Jumaat lalu telah mengumumkan, hari penamaan calon adalah pada Jumaat 12 Julai, pengundian awal akan diadakan pada 22 Julai dan hari pengundian bagi PRK DUN Kuala Besut adalah pada 24 Julai depan.

Menyentuh tentang kehidupan penduduk Kuala Besut, Che Long berkata majoriti penduduk masih hidup dalam keadaan susah.

Namun, beliau yakin, mereka juga mahu membuat kebaikan tetapi kesempitan hidup kadang kala menjadikan penghalang kepada mereka.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan