SHAH ALAM: Selepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang memberitahu beliau telah menandatangani surat menyokong
Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, PAS Selangor
pula mengesahkan penerimaannya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam ucapannya malam tadi berkata, PAS Selangor telah menerima surat dari Presiden PAS itu.
"Surat itu ditujukan kepada Tuanku Sultan dan akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani kepada Tuanku Sultan," beritahu Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam malam tadi.
Khalid berkata, surat itu diterima oleh PAS Selangor dua hari lalu (7 Mei) yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Khalid memberitahu hal ini ketika berucap dalam majlis kesyukuran Pakatan Rakyat Selangor, di Dataran Shah Alam.
Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjamaah itu diikuti dengan majlis jamuan kesyukuran dan diikuti dengan ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim.
Semasa berucap di Rusila, Marang Rabu lepas, Tuan Guru Abdul Hadi memaklumkan beliau telah menandatangani surat kepada Tuanku Sultan Selangor menyokong perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.Hrkh

Apa2 yg kluar dr mulut busyuk vabi ni akn mmbwa kpd jhnm. Pas parti 1semester
BalasPadam