Khamis, 23 Mei 2013

Foto Rumah MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob

 Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor  Pasir, Wakaf Bharu...walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan

SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.

Suatu sore,  seminggu  selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung  Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa,  justeru saya tak terkejut.

Sebuah rumah kayu (papan)  beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit,  langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.
Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama  sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.

Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah  Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.

Realitinya, bukan itu saja,  bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal  wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga.

Bahkan ada di antara ahli Exco Kerajaan Kelantan sendiri sehingga kini menumpang di rumah orangtuanya setelah menjual rumah mewah di Kuala Lumpur yang dibeli ketika sebelum terjun bidang politik.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah juga punya rumah kediaman yang dibina dari kayu tinggalan almarhum ayahnya yang bersambung dengan masjid.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah tinggal di rumah kecil dalam kawasan pondok Pasir Tumboh dengan sejumlah  keluarga yang ramai.

Adun PAS Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, sesiapa yang pernah melihat rumahnya, pasti tertanya-tanya; apakah benar ini rumah Yang Berhormat Wakil Rakyat?.Hrkh

3 ulasan:

  1. Tok se pindoh ke JKR 10 ke?.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,
    Semoga kekal begini dengan sikit penaiktaraf......
    Tapi gaji bulan pertama blm dapat, bolehkah suasana ini bertahan mcm kediaman TGNA diPulau Melaka selama lebih 20 tahun, segala puji bagi Allah. Jangan puji puja dulau, mari sama-sama kita BERDOA SEMOGA DATO MB INI TETAP IMAN DAN SENTIASA MENDUKUNG PERJUANGAN ASAL KITA.

    BalasPadam