Isnin, 15 April 2013

Mufti Perlis akan bertanding di Kangar atas tiket PKR

KUALA LUMPUR, 15 April — Mufti Besar Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR pada Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri Mohd Faisol Abdul Rahman mengatakan pencalonan Dr Juanda akan memberikan peluang cerah kepada PKR untuk merampas kerusi yang menjadi kuat Barisan Nasional (BN) secara turun temurun itu.

“Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang,” katanya dipetik dari The Star Online.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak dan rakannya bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dari Umno yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada Pilihan Raya 2008.

Sejumlah 13.3 juta pengundi, termasuk 5,200 dari luar negera dijangka akan mengundi untuk 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada pilihan raya umum 5 Mei. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.TMI

1 ulasan:

  1. Tahniah
    selamat bertanding dalam PRU13.

    Kalah menang adat pertandingan.

    Jangan nangis jika hilang semua jawatan. Semua itu adalah ujian yang terpaksa ditempuh oleh seorang pejuang politik

    BalasPadam