KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan
Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai
calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.
Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah
Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh
yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.
Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.
Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar.
“Saya ambil kesempatan ini untuk umumkan, Paya Besar calon kerusi
Parlimen dari KEADILAN. Di Paya Besar, kita tonjolkan orang yang ada
kebolehan, rekod baik, layak dan berani.
“Calon ini seorang tokoh muda, profesional yang punya kelayakan tapi
ada akar umbi kepada perjuangan rakyat,” katanya sebelum mengumumkan
Murnie yang kemudian naik ke pentas.
Kata Anwar, pemilihan Murnie dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai peringkat parti.KD
abila orang dh x suka bertanding dimana pun kalah
BalasPadam