Jumaat, 22 Februari 2013

Propaganda Murahan Deris Jusoh

BESUT - Dalam kegembiraan masyarakat Tionghua menyambut kedatangan Tahun Baru, PAS Kawasan Besut turut meraikan kedatangan 'hari besar' itu dengan melakukan kunjungan mesra bagi menyantuni mereka.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bersama Encik Ng Chai Hing (Pengerusi DAP Terengganu) dan Encik Lee Tin Wan @ lebih dikenali sebagai 'Cina Api' serta 20 anggota rombongan telah bergerak dari rumah ke rumah bagi menyampaikan rakaman tahniah di atas sambutan Gong Xi Fa Chai pada tahun ini.

Beliau berharap masyarakat Tionghua akan terus menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran negara melalui satu gelombang pembaharuan dan perubahan yang sedang bergerak kencang dalam pembentukan landskap baru politik negara.

"kita mengucapkan selamat Tahun Baru kepada seluruh warga Tionghua, semoga kedatangan tahun 'ular' pada tahun ini akan membawa aman dan makmur kepada seluruh rakyat, negeri Terengganu dan negara,

"kita juga mengalu-alukan satu perubahan yang besar yang sedang melanda negara, turut sama disertai oleh masyarakat Tionghua Terengganu, khususnya di bandar Jertih ini dan diterjemahkan dalam pilihanraya umum yang akan tiba tidak lama lagi,"ujarnya ketika ditemui.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan ADUN Jerteh yang juga Ketua Bahagian Umno Besut Dato' Seri Idris Jusoh yang mendakwa hampir 400 orang ahli PAS dan PKR dari kawasan tersebut telah keluar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Katanya, semua pihak maklum, itulah perangai Idris Jusoh yang sukakan'propaganda murahan' apatah lagi beliau merupakan 'kepala' konspirasi yang pernah memenangkan Umno-BN pada tahun 2004 dengan cara yang 'tidak halal'.

"berita biasa menjelang pilihanraya........... siapa tak kenal Haji Deris (Idris Jusoh) tempoh hari isytihar di Pengkalan Nyireh, saya sudah buat siasatan, tidak ada ahli PAS yang keluar daripada jamaah,"tegasnya.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan