Isnin, 28 Januari 2013

Umno guna sentimen agama untuk api-apikan rakyat

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata, setelah taktik murahan dan jahat, Umno memilih pula sentimen agama untuk menghasut dan mengapi-apikan rakyat.

Beliau mengulas insiden khianat di Batu Pahat Johor apabila bendera KEADILAN dan PAS dicalitkan dengan lambang salib, Jumaat lalu.Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti.

“Strategi jijik Umno menggunakan sentimen agama untuk mengapi-apikan orang Melayu supaya marah kepada Pakatan Rakyat,” kata Jui Meng ketika dihubungi.

Menurutnya, Umno mencuri bendera-bendera yang dipasang penyokong Pakatan, kemudian menconteng dan kibarkan semula untuk menimbulkan isu agama dan perkauman.

“Itu cara Umno untuk hasut masyarakat luar bandar. Orang Kristian sendiri marah dengan perbuatan jijik itu tetapi mereka tidak marah Pakatan. Mereka tahu hanya Umno yang ada motif nak buat begitu,” jelasnya.

“Kita harap orang Melayu tidak termakan taktik dan politik murah Umno itu,” katanya.Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sentimen perkauman dan agama semakin kuat dimainkan Umno BN.

Dalam isu berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu program di Permatang Pauh menggesa umat Islam membakar kitab Bible berbahasa Melayu, kononnya untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Justeru itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak termakan cubaan mengapi-apikan sentimen agama untuk menyekat kebangkitan rakyat.KD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan