Seorang peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat
(HKR112), Daud Abdul Manan mengalami kemalangan apabila motosikal
dinaiki terbabas di Jambatan Temerloh, berdekatan Hentian Rehat dan
Rawat (RNR) Temerloh, kira-kira jam 8 malam semalam.
Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama
seorang lagi rakannya dikatakan dalam perjalanan selepas menghadiri
himpunan di Stadium Merdeka.
Exco
Dewan pemuda Pas negeri, Wan Mohd Faizul Wan Abas ketika dihubungi
berkata, Daud kini masih tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh.
Menurutnya, Daud bekerja sebagai penjaja ikan dan mempunyai 6 anak, termasuk bongsu berumur 8 bulan.
Mereka yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi
akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mek Wook @ Rohaya Binti Awang
1110029849518290.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan