KUALA LUMPUR, 10 Jan — Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan
berlangsung tahun ini, kajian terbaru pusat tinjauan bebas Merdeka
Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh
dua titik peratusan menjadi 63 peratus berbanding 65 peratus dalam
kajian November lalu.
Kajian yang dijalankan dari 15 hingga 28 Disember tahun lalu
menyaksikan sentimen pengundi Cina menurun menjadi 34 peratus walaupun
penerimaan pengundi Cina dan India kekal di tahap 77 peratus dan 76
peratus.
Menurut Merdeka Center, tinjauan dijalankan dengan menggunakan
panggilan telefon dengan sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.
Pusat
tinjauan itu memberitahu 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9
peratus India yang dipilih berdasarkan jantina, etnik dan negeri sebagai
responden dalam sampel tersebut.
Kajian dijalankan selepas Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 dan
tatkala isu Deepak Jaikishan, Tan Sri Musa Hassan, Amanat Haji Hadi dan
penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam hangat diperkatakan.
Kaji selidik itu juga mendapati sambutan pengundi terhadap kerajaan
kekal suam, dengan hanya 45 peratus daripada responden berkata mereka
“gembira dengan kerajaan”.
Dengan mengambil kira persepsi terhadap BN, 47 peratus daripada responden berkata mereka “gembira dengan Barisan Nasional (BN)”.
Tinjauan juga menemui perbezaan signifikan di antara kumpulan-kumpulan yang berbeza demografi.
Di kalangan wanita, 53 peratus daripada mereka yang ditinjau gembira
dengan BN, manakala hanya 40 peratus lelaki berkongsi pandangan.
Bagi pengundi luar bandar, 56 peratus gembira dengan BN, manakala
hanya 42 peratus pengundi bandar mempunyai pendirian yang sama terhadap
parti pemerintah.
Sebanyak 70 peratus pengundi wanita berpuas hati dengan prestasi PM,
manakala hanya 57 peratus daripada responden lelaki gembira dengan
Najib.
Penilaian Najib juga baik di kalangan 70 peratus pengundi luar bandar
berbanding dengan hanya 60 peratus daripada responden bandar.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan