KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.
Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan
bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan
dipunyai oleh Umno.“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya.
Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang
disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012.“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata beliau.Menurutnya, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.
Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.
“Wartawan dan editor mempunyai hak untuk menyiarkan berita, tapi
bukan fitnah, atau berita palsu,” tempelak Singham dalam penghakimannya.Katanya, hakim memainkan peranan penting dalam memastikan kebebasan badan kehakiman.
“Keadilan perlu dilaksanakan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak
mahupun parti politik, semua keputusan perlulah selari dengan fakta yang
dibentangkan,” jelas Singham.Beliau menetapkan gantirugi kos sebanyak RM45,000 manakala pampasan damage (teruk) ditetapkan ke satu tarikh kemudian.KD
Tolong2 PERKASA, buat derma kilat....
BalasPadamPadan muka lu orang kah,kah,kah,den gelak juta2 kali.