Khamis, 1 November 2012

RM 12 Juta Kos Selenggara Kediaman PM Dan TPM

KUALA LUMPUR 1 November: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak RM5,117,305.26.

Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen semalam.

Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.

Nazri memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).

Sementara itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).

Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 2011, sejumlah RM48.8  juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Biadab !!! MB Selangor Dihalau Dan Dimaki Hamun

 Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan kejadian terbabit

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. 


Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di atas.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.

Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.

PRU 13 : Dr Wan Azizah Bertanding Di Selangor ?

SHAH ALAM - PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dipilih oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.

Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.

“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.

“Buat masa ini kita belum terima sebarang arahan tepat daripada (PKR) Pusat berhubung perkara ini dan ia hanya dinyatakan oleh Wan Azizah yang saya anggap sebagai salah satu strategi parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Walau bagaimanapun katanya, soal kerusi mana yang bakal ditandingi kelak hanya akan ditentukan oleh kepimpinan PKR Pusat.

"Tawaran kerusi-kerusi tersebut berdasarkan rekod baik dan saya sendiri selaku penyandang Seri Muda sedia memberikan memberi laluan jika presiden mahu bertanding di negeri ini.

“Apa yang penting semua ahli dan jentera parti akan bekerja 100 peratus bagi memastikan kemenangan parti dan presiden,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Wan Azizah belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding di Dun Selangor atau Pulau Pinang.

Beliau menyatakan kesediaan itu dengan menyifatkan pilihannya itu berdasarkan kepada pilihan peribadi.

Shuhaimi berkata, PKR Selangor menyokong sepenuhnya sebarang keputusan Pusat tentukan bagi menghadapi PRU akan datang.SH

Royalti Minyak : Antara Pahang Dan Kelantan

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku adil terhadap tuntutan royalti minyak negeri itu sama seperti yang diputuskan bagi Pahang kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, dengan pengumuman Perdana Menteri yang menjangkakan Pahang menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun ada perkara positif.

Husam turut memuji tindakan Najib itu dan menyifatkan ia satu perkara menarik kerana dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri tanpa menunggu keputusan Jawatankuasa Bayaran Royalti yang ditubuhkan Ogos lalu.

“Ini menunjukkan kuasa Perdana Menteri mengatasi jawatankuasa tersebut. Jadi kita mengharapkan Najib menggunakan kuasa itu dalam kes tuntutan royalti melibatkan hak rakyat negeri ini.

“Dalam kegembiraan untuk Pahang, kita berharap Kelantan tidak didiskriminasikan dan beliau boleh terus umum berapa bayaran patut diterima,” katanya semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menegaskan dengan kuasa yang ada itu, Najib boleh mengumumkan jumlah sepatutnya diterima oleh negeri ini tanpa berlengah-lengah lagi.

Dalam pada itu, Husam juga memberitahu, rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam PM 307 yang mempunyai potensi berkenaan adalah 100 peratus berada dalam perairan Terengganu.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan mengapa hanya Pahang mendapat dan adakah ia tidak akan menjejaskan hak Terengganu.SH