KUALA LUMPUR 1 November: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana
Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun
sebanyak RM12,094,707.06.
Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings
Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011
sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak
RM5,117,305.26.
Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan
oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen
semalam.
Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos
penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.
Nazri
memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008
sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00)
dan 2011 (RM1,873,654.20).
Sementara itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008
ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan
2011 (RM1,455,804.00).
Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun
2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik
pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.
Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.
Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman Perdana Menteri dan
Timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9
juta untuk tempoh yang sama.
Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad
Badawi, kerajaan menjelaskan, sewa bagi kediaman PM hanya pada sekitar
RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM.
1 November 2011, Parlimen diberitahu jumlah perbelanjaan lawatan
rasmi PM dan isteri serta TPM dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan
tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan RM
1,739,332.85 (2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM
5,427,172.26 sehingga Jun 2011.
Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan
Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya
untuk semalaman.
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi TPM dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07.KD
..banyak tu! kalau di ikut banyak mana benda makan sedap paling mahal bole masuk perut..tidor pakai tilam ampu2 mimpi best..semayang pakai telekong baldu kalis bunyi he he..cuti santai taraf 5 6 7 8 9 10 100bintang. ish entah ape2 lah pm dan tpm nih perabih duit di seri perdana dan seri satria tuh.
BalasPadambaru semalam aq gi sana. parking depan umah dan siap bagi salam. bininya kata tuan umah gi mancing. air mineral nak buat air tawar aq teguk sebab frust. aq kirim salam jah.
mulanya tergambar gitu lah rumah2 resmi pm/tpm. tak sangka pulak fungsi umah tuh bukan sekadar umah kampong aq.kalau aq duduk disitu dan tak ubah aq punya iq alamat malaysia kantoi.
emireuee fff
dgn kos sbnyk tu brp perumahan pprt boleh dibina agaknya
BalasPadamheret guru tampar murid orang asal ke mahkamah, gobind